VESPA LXV 150 3V i.e utama elemen KLASIK

Thursday 17 April 2014

NIK N HIDAYAT

PENGIMPORT  tunggal dan pengedar skuter Vespa di Malaysia, NAZA Premira Sdn Bhd melancarkan varian tambahan terbaru dalam rangkaian produk jenama itu baru-baru ini.

Vespa LXV 150 3V suntikan bahan api menggabungkan gaya vintaj jenama ikonik Itali dengan teknologi Piaggio termaju.

Yehuda (kiri) menggayakan Vespa LXV 150 3V i.e.

Turut hadir pada acara pelancaran rasmi tersebut ialah Pengurus Jualan Piaggio Asia Pasifik, Yehuda Sangaran, Naib Presiden Kanan Bahagian Diversified NAZA Group of Companies, Abdul Hamid Ismail, dan Naib Presiden Naza Two Wheels, Nik Danial Nik Mahmood.

Vespa LXV 150 3V mengekalkan struktur binaan Vespa LX sebelum ini tetapi menerima beberapa perubahan untuk menyerlahkan lagi perincian konsep klasik.

Perubahan yang dilakukan adalah semata-mata untuk membawa semula nostalgia kegemilangan Vespa pada tahun 1960-an termasuklah kemasan kromium pada hendal berbentuk tiub, skrin pengadang angin, lampu hadapan bulat dan pelana kulit gaya baharu.


Pengenalan model ini tidak hanya tertumpu kepada elemen klasik yang diilhamkan, bahkan menekankan teknologi enjin dan sistem suntikan bahan api terbaharu.

Unit ini menerima enjin empat lejang 154.8cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik tiga injap sebagai penjana kuasa utama.

Enjin 3V sejukan udara dikatakan lebih ringan berbanding model sebelumnya. Enjin yang dibangunkan di kilang Pontedera lebih menumpukan pengurangan geseran dalam enjin dan penggunaan bahan api lebih efisien.

Usaha intensif pengeluar skuter ikonik tersebut berjaya menghasilkan enjin yang lebih cekap bahan api - kira-kira 30 peratus lebih baik daripada generasi sebelumnya di samping kadar pelepasan pencemaran yang lebih rendah dan peningkatan tahap prestasi.

Varian terbaharu ini masih mengekalkan penggunaan lengan ayun tunggal pada bahagian hadapan dengan suspensi hidraulik. Manakala, sistem kejutan bahagian belakang boleh laras kepada empat tetapan pra-beban.


Skuter ini menggunakan tayar hadapan bersaiz 110/70 11 inci dan tayar belakang 120/70 10 inci untuk menyediakan pengendalian mudah.

Bagi daya hentian pula, ia dilengkapi dengan brek cakera 200 milimeter (mm) di hadapan dan 110mm di bahagian belakang.

Ketika majlis perasmian di Pusat Vespa 3S Petaling Jaya, Nik Danial Nik Mahmood menyatakan skuter ikonik terbaharu ini bukan hanya membawa pesona klasik Vespa, tetapi turut melengkapkan trend fesyen masa kini selain daripada aspek teknikal asas enjin dan teknologi terbaharu.

“Vespa telah menggabungkan elemen penting dalam reka bentuk popular klasik dengan teknologi Piaggio terkini untuk menyediakan keseronokan tunggangan dalam bandar atau menikmati perjalanan santai di luar bandar,” kata Nik Danial Nik Mahmood.

“Inovasi teknologi terkini disemai dengan baik kepada gaya retro Vespa khas buat pelanggan-pelanggan kami dengan pakej gaya, praktikal dan ekonomi,” tambahnya.

Vespa LXV 150 boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Blue, Rossa Chianti (Maroon) dan Beige dengan harga jualan asas RM 11,658.00.

NAZA Premira menyasarkan penjualan sebanyak 2000 LXV 150 3V bagi tahun ini. Syarikat milikan Bumiputera itu turut merancang untuk membawa tiga lagi model pada tahun ini termasuk Vespa Primera. - Sinar Harian

Harley Davidson motorbike with truck trailer

Tuesday 1 April 2014



Admin Vespa Mys tertanya-tanya juga, Harley Davidson with truck trailer ini betul-betul wujud atau ini hanya photoshop :) Apa pendapat Anda??? 

Vespa built a four seater 'Stretch Scooter'



Vespa South Africa has built a “Stretch Scooter” which can seat four people, and has two rear ends of the scooter put one after the other. Vespa called it "a family car on two wheels and kids will look forward to going to school on it. You can be the designated driver and can still park outside the front door of the party". Cool idea!


Source

Vespa Vs AMG ::: Liquid & Metal

Wednesday 19 March 2014



Kenapa Admin Vespa Mys share kan video Petronas AMG  ini? Mohon semua pembaca menonton video ini sehingga habis kerana terdapat beberapa Vespa yang di gunakan oleh paparazzi untuk mengejar lori Petronas yang di pandu oleh Lewis Hamilton.




Nice scooter, Simon! New father Cowell rides shiny black Vespa as Lauren Silverman flashes her pins in stunning white lace dress

Tuesday 18 March 2014

By DAILY MAIL REPORTER


Easy Rider: Simon Cowell was spotted taking a shiny new scooter for for a ride in Miami on Saturday as he holidays with Lauren Silverman and his newborn son Eric

He recently welcomed his first child into the world, so it would come as no surprise if Simon Cowell was in the market for a family-friendly car.



Out with his ladies: The TV mogul was joined by exes Terri Seymour and Mezghan Hussainy as well as Lauren who were spotted arriving in a black car
However the TV mogul was spotted taking a shiny new scooter for a ride in Miami on Monday, while accompanied by girlfriend Lauren Silverman, and exes Terri Seymour and Mezghan Hussainy.



Coordinated: Lauren looked amazing in a slim-fitting white dress as she got out the car (L) while Simon opted for a simple shirt (R)
The 54-year-old looked as pleased as punch as enjoyed a spin on the shiny black Vespa while Lauren showed off her pins in a stunning white dress.



Careful you don't get squashed: Simon kept his aviator sunglasses on as he browsed for some new wheels

Does it suit me? The 54-year-old was seen chatting to a salesman before taking the bike for a spin

Time for a treat: Simon was seen handing the keys over after taking it for a test run

Legs on parade: Lauren teamed her dress with a pair of nude studded sandals while Terri showed off her sling while wearing a pretty summer dress


Need for speed: Simon teamed his shirt with his trademark jeans and a pair of black shoes



Vespa di Nim's Little Island

Tuesday 11 March 2014




Papa Zola menjadi model Vespa

Ketika Admin Vespa Mys ke Nim's Little Island di antara Kajang dan Bangi, Admin telah terlihat dua biji Vespa di hadapan kedai tersebut. Setelah berbual dengan Owner Nim's Little Island beliau berkata dua Vespa tersebut di miliki oleh pekerja beliau. Dirumah Owner juga terdapat GS800 untuk kegunaan harian beliau.  


Makanan yang lazat di sediakan di Nim's Little Island serve by Biker to bikers, Diver to divers.



Vespa Vs Gold Wing

Thursday 6 March 2014




Gambar Vespa ini telah menarik minat Admin Vespa Mys untuk melihatnya, tetapi admin gagal untuk mencari info tentang Vespa tersebut. Jika benar wujud model di atas tentu amat menarik jika kita memilikinya. Sumber gambar tersebut hanya di perolehi di dalam fb setelah beribu-ribu orang share kan gambar tersebut. 

Jika sesiapa ada info tentang model di atas boleh lah meninggalkan nya di ruang komen di bawah.